Program Mobile Library (Sesi 2) Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan @ Menara 1, Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM Shah Alam.

Pada 19 Januari 2023 (Rabu) Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan telah menganjurkan program Mobile Library (Sesi Kedua) di Aras 8, Space4U@ Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Menara 1 Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM Shah Alam. Sasaran utama pengunjung kali ini adalah staf dan pensyarah dari kolej pengajian kejuruteraan.  Program singkat ini dijalankan selama 2 jam bermula dari jam 2.00 petang sehingga 3.00 petang.  Bersama Program Mobile Library ini turut diadakan Kempen Derma Darah Bersama Pusat Darah Negara (PDN) anjuran HEA Kolej Pengajian Kejuruteraan.

Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan berusaha  melaksanakan pelbagai fungsi dan peranannya bagi menyemarakkan budaya membaca dikalangan warga UiTM seperti program Jom Pinjam, hebahan kelas Kemahiran Maklumat serta pelbagai perkhidmatannya. Pada Sesi kedua yang menyasarkan keterlibatan dari kalangan staf Kolej pengajian kejuruteraan ini amat menggalakkan.  Dianggarkan seramai 60 orang pengunjung telah hadir ke Booth pameran bagi memberi sokongan keatas program tersebut. Program singkat selama 2 jam ini telah menarik minat 5 orang staf dan 2 pelajar membuat pinjaman dan bahan yang dipinjam berjumlah 11 naskah.

Perpustakaan Kejuruteraan akan meneruskan program Mobile Library ini di masa akan datang bagi mengimarahkan lagi minat warga UiTM terhadap budaya membaca.

Avatar photo
Rizana Mohd Radwan PKEJ Shah Alam

Leave a Reply