Lawatan sambil belajar daripada Sekolah Kebangsaan Ulu Tembeling Pahang

Perpustakaan Al-Bukhari telah menerima lawatan sambil belajar daripada Sekolah Kebangsaan Ulu Tembeling pada 19 Oktober 2022. Lawatan melibatkan seramai 36 orang pelajar Tahap 2 dan 4 orang guru pengiring.

Pihak perpustakaan berpeluang untuk berkongsi maklumat berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang disediakan serta slot khas bertajuk “Read a Loud” telah dilaksanakan bagi memupuk minat membaca serta berkenyakinan tinggi dalam diri para pelajar seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education.

Program ini telah dikendalikan oleh Cik Muniratul Husna Mohamad Zaki, Pustakawan dan Encik Ahmad Fadhil Mohamad Yusof, Pembantu Pustakawan Kanan dari Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.

Semoga semua pelajar dapat mempraktikkan ilmu yang disampaikan dengan sebaik mungkin.

Selamat Maju Jaya!

Gambar sekitar lawatan

Gambar sekitar lawatan
Gambar sekitar lawatan

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Avatar photo
Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply