Sempena membuka tirai tahun 2023, pada tarikh 18 Januari 2023 (Rabu) telah diadakan satu program berbentuk kecerdasan fizikal iaitu acara Senamrobik anjuran Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA), Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA Shah Alam.
Peserta disasarkan kepada semua warga UiTM termasuklah staf Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan yang telah menghantar beberapa orang wakil staf bagi memeriahkan lagi program tersebut.
Program Senamrobik ini telah berlangsung di Ruangan Foyer Bangunan Kolej Kejuruteraan bermula dari jam 8:00 pagi dan tamat pada jam 10:00 pagi. Dianggarkan seramai 100 orang staf terlibat.
Diharapkan keterlibatan staf Perpustakaan Kejuruteraan ke program sebegini dapat meningkatkan lagi semangat kerja dan minda positif di awal tahun 2023 ini.