Program Jom Pinjam@PST 2023 – Sesi 1

Program Jom Pinjam@PST telah dijalankan pada 12 Januari 2023 (Rabu) iaitu bertempat di sekitar Ruang Legar PTAR Sains & Teknologi (PST) jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Program ini telah berlangsung selama 2 jam dan dihadiri lebih 60 orang pelajar dan staf.

Di atas sambutan yang amat menggalakkan, program ini masih diteruskan pada tahun ini di samping inisiatif perpustakaan dalam meningkatkan pinjaman buku dan mewujudkan budaya membaca di kalangan warga UiTM.

Untuk sesi 1 tahun 2023, sebanyak 21 judul buku telah berjaya dipinjam oleh pengguna perpustakaan. Sedikit sumbangan hadiah diberikan kepada para peminjam sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

Diharapkan program ini bukan sahaja menyumbang ke arah galakan budaya membaca dan cintakan ilmu, malah dapat mengeratkan hubungan mesra di antara staf dan pengguna perpustakaan.

Avatar photo
Nor Hafizah Md Hanafiah PST Shah Alam
Senior Librarian PTAR 1, UiTM Shah Alam

Leave a Reply