Program Misi Akademik UiTMCT: Lawatan dari SMK Sultan Ismail II, Kemaman, Terengganu

Pada 8 Januari 2023, Ahad, yang lalu, Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) telah menerima kunjungan lawatan daripada 80 orang pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail II, Kemaman, Terengganu. Lawatan ini adalah bersempena Program Misi Akademik UiTMCT. Turut hadir ialah 4 orang guru pengiring, yang dibawa bersama melihat persekitaran perpustakaan sambil diberi penerangan oleh staf perpustakaan yang terlibat.

Sesi penerangan oleh Cik Asmahani,Pustakawan Kanan.
Penerangan oleh Puan Hafsah,Pembantu Pustakawan.

Program Misi Akademik UiTMCT adalah merupakan program yang dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar bersama para pelajar sekolah setempat. Antara slot program ialah lawatan ke perpustakaan bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di universiti bagi menyokong proses pembelajaran,pengajaran dan penyelidikan.

Penerangan berkenaan asas penjilidan oleh En. Mohd. Anuar Alias, Pembantu Pemuliharaan.
En. Hadi dan En. Faiz membawa para pelajar melihat sekitar bangunan perpustakaan.

Semoga segala maklumat yang disampaikan dapat memberi manfaat serta meningkatkan semangat para peserta lawatan untuk belajar dengan lebih gigih dan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti kelak.

Selamat maju jaya!

Disediakan oleh:  Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply