Program Misi Akademik UiTMCT: Lawatan dari SMK Banggol, Kemaman,Terengganu

Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun telah menerima kunjungan pelawat yang terdiri daripada 44 orang pelajar Tingkatan 5 bersama 2 orang guru pengiring dari SMK Banggol Kemaman, Terengganu, pada 11 Januari 2023, Rabu, yang lalu. Lawatan ini adalah bersempena dengan Program Misi Akademik UiTMCT yang dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar Bersama para pelajar sekolah. Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di universiti bagi menyokong proses pembelajaran,pengajaran dan penyelidikan.

Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan dan dibawa melawat sekitar perpustakaan bagi merasai sendiri suasana di perpustakaan universiti. Selain itu, pelajar juga berpeluang melihat mahasiswa-mahasiswi yang sedang menyiapkan tugasan, tekun mengulang kaji pelajaran mahupun sedang mengadakan perbincangan dengan rakan kuliah mereka. Penerangan ringkas mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di perpustakaan juga diberikan di sepanjang sesi lawatan. Terdahulu, semua pelajar yang terlibat dalam Program Misi Akademik UiTMCT ini telah dibawa melawat ke melawat Makmal Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan sekitar universiti.

Diharapkan dengan perkongsian ilmu yang telah diberikan dalam lawatan ini dapat memupuk minat para pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh sehingga dapat melanjutkan pengajian ke menara gading. Program lawatan ini berakhir dengan sesi bergambar kenangan bersama.

Disediakan oleh:  Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply