Program Misi Akademik UiTMCT: Lawatan dari Sekolah Tunas Bakti (P) Marang,Terengganu

Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun telah berbesar hati menerima lawatan sambil belajar daripada warga Sekolah Tunas Bakti(P) Marang,Terengganu, pada 12 Januari 2023, Rabu, yang lalu. Delegasi lawatan ini terdiri daripada tiga puluh tiga orang guru dan lapan belas orang pelajar perempuan  telah hadir  ke UiTMCT bersempena Program Misi Akademik UiTMCT yang dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik. Lawatan ke perpustakaan yang merupakan salah satu daripada agenda program ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di universiti bagi menyokong proses pembelajaran,pengajaran dan penyelidikan.

Sekolah Tunas Bakti adalah institusi sekolah pemulihan akhlak yang ditubuhkan di bawah Seksyen 65 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi pemulihan dan jagaan bagi golongan di bawah kategori kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah serta yang tidak terkawal.

Semua pelajar yang hadir kelihatan sangat teruja kerana dapat merasai sendiri suasana pembelajaran di perpustakaan universiti. Semoga dengan lawatan yang singkat ini telah dapat memberi manfaat kepada delegasi lawatan Sekolah Tunas Bakti (P) Marang,Terengganu.

Selamat maju jaya!

Disediakan oleh:  Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply