Program Lawatan Kerja Perpustakaan Cendekiawan ke Pusat Percetakan Yayasan Islam Terengganu

Satu lawatan kerja rasmi Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) ke Pusat Percetakan Yayasan Islam Terengganu telah diadakan pada 15 Januari 2023, Ahad, yang lalu. Delegasi lawatan yang diketuai oleh En. Shahrol Nizam bin Johol,Timbalan Ketua Pustakawan, bersama En. Md.Kamil Ibrahim, Pustakawan Kanan, ini adalah untuk mendapat pendedahan dan maklumat berkenaan proses percetakan yang dilakukan di organisasi luar seperti Pusat Percetakan Yayasan Islam Terengganu. Turut sama dalam lawatan tersebut ialah En. Mohamad Hamyasha Yusof, Pembantu Pemuliharaan Kanan dan En. Mohamad  Anuar Alias, Pembantu Pemuliharaan.

Sesi lawatan dimulakan dengan agenda ramah mesra dan perbincangan bersama pihak pengurusan Pusat Percetakan Yayasan Islam Terengganu, seterusnya delegasi lawatan dibawa melawat tapak melihat proses percetakan yang dijalankan oleh syarikat tersebut.

Sesi penyampaian hadiah oleh pihak Percetakan Yayasan Islam Terengganu kepada Perpustakaan Cendekiawan.

Semoga dengan adanya program lawatan seperti ini dapat mempertingkatkan lagi jalinan dan jaringan kerjasama antara kedua-dua organisasi pada masa akan datang. Program berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati dari pengurusan Percetakan Yayasan Islam Terengganu kepada pihak Perpustakaan Cendekiawan, dan sesi bergambar kenangan.

Disediakan oleh:  Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply