Program Mobile Library (Sesi 1) Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan @ Menara 1, Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM Shah Alam.

Pada 18 Januari 2023 (Rabu) Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan telah menganjurkan program Mobile Library (Sesi Pertama) di Aras 8, Space4U@ Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Menara 1 Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM Shah Alam. Program singkat ini dijalankan selama 2 jam bermula dari jam 10 pagi sehingga 12 tengahari.  Bersama Program Mobile Library ini turut diadakan Kempen Derma Darah Bersama Pusat Darah Negara (PDN) anjuran HEA Kolej Pengajian Kejuruteraan.

Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan berusaha  melaksanakan pelbagai fungsi dan peranannya bagi menyemarakkan budaya membaca dikalangan warga UiTM seperti program Jom Pinjam, hebahan kelas Kemahiran Maklumat serta pelbagai perkhidmatannya. Pada Sesi pertama ini, Perpustakaan Kejuruteraan menyasarkan keterlibatan pelajar-pelajar kejuruteraan dalam aktiviti meminjam buku.  Dianggarkan seramai 40 orang pelajar telah hadir ke Booth pameran bagi memberi sokongan keatas program tersebut. Program singkat selama 2 jam ini telah menarik minat 10 orang pelajar membuat pinjaman dan bahan yang dipinjam berjumlah 24 naskah.

Perpustakaan Kejuruteraan akan meneruskan program Mobile Library ini di masa akan datang bagi mengimarahkan lagi minat warga UiTM terhadap budaya membaca.

Avatar photo
Rizana Mohd Radwan PKEJ Shah Alam

Leave a Reply