Mini FIFA World Cup Carnival 2022

Khamis, 22 Disember 2022 – Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub telah menganjurkan Mini FIFA World Cup Carnival 2022 bersempena dengan musim World Cup yang sedang rancak berlangsung dari 20 November 2022 sehingga 18 Disember 2022.

Program ini telah dijalankan selama dua minggu iaitu bermula dari 8 Disember 2022 dan berakhir pada 18 Disember 2022 selaras dengan berakhirnya FIFA World Cup 2022. Enam aktiviti menarik telah dipertandingkan sepanjang karnival berlangsung iaitu FIFA23 Playstation 4, Raja Timbang Bola, Penalty Sharpshooter, Teka & Menang Pemenang FIFA World Cup 2022, Bola Tepuk dan Teka Silang Kata World Cup.

Penganjuran Karnival telah mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya bagi 2 pertandingan ini iaitu Teka & Menang dan Teka Silang Kata dimana kedua-dua pertandingan menawarkan hadiah kepada 10 orang pemenang bertuah yang merupakan penawaran hadiah paling banyak berbanding aktiviti-aktiviti lain.

Di antara pemenang bagi kategori FIFA23 Playstation 4 ialah saudara Afif Iqtidar bin Aziz (atas kiri), saudara Mirza Nasrullah bin Roslan (bawah kiri) bagi kategori Raja Timbang Bola dan pemenang bagi Penalty Sharpshooter. – Afdhal Irshaad bin Shamshul Kamal

Mohd Anwar bin Hassim Per. Al-Bukhari Raub Pahang

Leave a Reply