Lawatan Kerja Rasmi Ketua Pustakawan ke Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu

Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu (PTAKKB) telah menerima kunjungan Lawatan Kerja Rasmi Ketua Pustakawan Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu YBrs. Encik Jamalludin Hj. Sulaiman dan diiringi oleh Puan Shahidatul Akhmam Rambeli, Timbalan Ketua Pustakawan. Ketibaan Ketua Pustakawan di PTA disambut oleh Timbalan Ketua Pustakawan PTA iaitu Puan Alina Hussein dan juga semua staf PTAKKB pada jam 3.00 Petang.

Sesi taklimat bersama staf dan sedikit taklimat daripada Pustakawan Kanan PTAKKB, Puan Rosmariyati Ab Rahman.

Dalam taklimat yang disampaikan oleh Puan Rosmariyati, beliau membentangkan pencapaian, perancangan, aktiviti dan juga program yang telah dianjurkan oleh PTAKKB serta yang bakal berlangsung. Seterusnya ialah sesi taklimat daripada Ketua Pustakawan kepada semua pegawai dan staf pelaksana PTAKKB. Dalam sesi ini juga staf perpustakaan diberi peluang untuk bertanyakan soalan, memberikan pandangan dan cadangan kepada pengurusan perpustakaan

Ketua Pustakawan, YBrs. Encik Jamalludin Hj. Sulaiman juga berbesar hati untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang Program Library Fun Day yang di anjurkan PTAKKB.

Lawatan ini diakhiri dengan sesi penyerahan cenderahati kepada Ketua Pustakawan, YBrs. Encik Jamalludin Hj. Sulaiman dan Puan Shahidatul Akhmam Rambeli, Timbalan Ketua Pustakawan serta sesi bergambar untuk kenangan.

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Kota Bharu

Leave a Reply