Lawatan Dari Universitas Tadulako

8 Disember 2022, Rabu – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin telah menerima Lawatan Akademik dari Universitas Tadulako, Indonesia.

Seramai 4 orang wakil dari Universitas Tadulako telah membuat lawatan akademik ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin.

Pihak PTAR amat mengalu-alukan kehadiran delegasi pelawat dari Universitas Tadulako yang melawat sambil melihat fasiliti yang terdapat di, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin

Lawatan tersebut diiringi oleh pensyarah dari Fakulti Sains Komputer & Matematik UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin. Turut mengiringi lawatan, En Abdul Azim bin Ab.Ghani, Pustakawan dan En Muhammad Shafiq Snin, Pembantu Pustakawan Kanan dari PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin.

Follow & Like Us:
PTAR UiTM Cawangan Melaka
https://linktr.ee/ptaruitmmelaka

Disediakan oleh: Abdul Azim bin Ab. Ghani, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Abdul Azim Ab. Ghani PTAR Jasin Melaka

Leave a Reply