Sesi Refreshing Bersama Staf PTAR UiTM Cawangan Sarawak

20 September 2022 – Selasa, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak telah mengadakan Sesi Refreshing Bersama Staf PTAR UiTM Cawangan Sarawak. Program yang berlangsung selama 2 jam ini dijalankan di Bilik IT PTAR Kampus Samarahan 2 dan dihadiri oleh seramai 20 orang staf PTAR UiTM Cawangan Sarawak.

Program ini dikendalikan oleh En, Dominic Inggu, Pembantu Pustakawan Kanan dan memfokuskan kepada Online Database Emerald Insight, EbscoHost dan ScienceDirect. Objekif penganjuran program ini adalah untuk memberikan penerangan kepada staf agar lebih memahami cara-cara dalam proses pencarian bahan atau artikel yang betul dan cepat bagi memudahkan proses penyampaian maklumat kepada pengguna lebih cekap dan berkesan bagi tujuan pencarian artikel yang tepat dan cepat.

Disediakan oleh : Zuraida Abdul Karim, Pembantu Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Sarawak

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply