Festival Masakan Warisan Melaka (FMWM) 2022 anjuran Perbadanan Muzium Melaka

MELAKA, 24 Julai 2022 – Festival Masakan Warisan Melaka (FMWM) 2022 anjuran Perbadanan Muzium Melaka berlangsung dari 22 Julai sehingga 24 Julai 2022 bertempat di Jalan Kota, Melaka.

Banyak booth yang mempamerkan masakan negeri masing-masing, antaranya Kelantan, Terengganu, Johor, Perak dan lain- lain. Terdapat juga wakil daripada Masyarakat Orang Asli Melaka, Baba Nyonya, Chetti, Tamil (India), Portugis dan Teowchew (Cina).

Bukan setakat itu sahaja, wakil homestay-homestay di Melaka juga turut serta menghidangkan makanan tradisional Melaka seperti asam pedas, masak lemak, kuih keria, cekodok pisang, seri muka, onde-onde dan banyak lagi.

Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya juga turut serta dalam festival ini. Menu inovasi kudapan hasil ciptaan Encik Zamzuri Ahmad Nazari dan Puan Noor Ibtisam Abdul Karim menjadi pilihan pengunjung, ianya juga menarik perhatian MHI TV3 untuk membuat liputan di booth UiTM.

Festival ini telah dirasmikan oleh Datuk Salhah Binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri diiringi Datuk Akramuddin Abdul Aziz, Pengerusi Lembaga Pengarah, PERZIM, dan Drs Mohd Nasruddin Rahman, Pengurus Besar PERZIM.

Turut hadir dalam perasmian FMWM, Encik Ahmad Khairuman Hasim yang Menjalankan Tugas-Tugas Rektor, Puan Noor Ibtisam Abdul Karim, Ketua Pusat Pengajian serta pensyarah-pensyarah FPHP.

https://fb.watch/esVtTi3TSc/

Festival Masakan Warisan Melaka (FMWM) 2022
Festival Masakan Warisan Melaka (FMWM) 2022
Festival Masakan Warisan Melaka (FMWM) 2022
Festival Masakan Warisan Melaka (FMWM) 2022
Festival Masakan Warisan Melaka (FMWM) 2022
Festival Masakan Warisan Melaka (FMWM) 2022

Disediakan oleh : Siti Haidah Md.Aziz, Pustakawan Kanan , UiTM Kampus Bandaraya Melaka

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply