Program Khidmat Masyarakat PTAR di Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya, Telok Panglima Garang, Selangor.

Budaya membaca amat sinonim dengan perpustakaan disebabkan kepelbagaian sumber bacaannya. Pemupukan budaya membaca haruslah sentiasa dipupuk di segenap peringkat umur antaranya di peringkat sekolah rendah. Justeru, PTAR telah melancarkan satu program khidmat masyarakat di Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya yang bermatlamat perkongsian sumber dan kepakaran dikalangan masyarakat setempat.

Program yang telah berlangsung pada 25 Julai 2022 hari Isnin, telah menyaksikan suatu majlis penyerahan 10 rak buku dan 100 naskhah buku bacaan umum sumbangan PTAR oleh YBrs. Encik Jamalludin Hj. Sulaiman kepada Puan Nor Hamizah binti Abdul Hamid, Guru Besar SK Sijangkang Jaya.

Seramai 12 orang staf PTAR bersama-sama barisan pentadbir, guru, Ahli Jawatankuasa PIBG dan pelajar telah bergotong royong membersih, memasang dan menyusun buku di rak baharu pusat sumber SK Sijangkang Jaya.

Dalam ucapannya, YBrs. Encik Jamalludin telah menzahirkan setinggi penghargaan atas kesudian SK Sijangkang Jaya untuk bersama PTAR menjayakan program khidmat masyarakat ini. Beliau berharap agar jalinan kerjasama yang telah terjalin ini dapat diteruskan di masa hadapan.

Program disudahi dengan penyerahan sijil penghargaan oleh Guru Besar SK Sijangkang Jaya kepada wakil PTAR yang hadir.

Staf PTAR bergotong royong memasang rak buku.
YBrs. Encik Jamalludin Hj. Sulaiman (Kanan) menyerahkan sumbangan buku kepada Puan Nor Hamizah binti Abdul Hamid, Guru Besar SK Sijangkang Jaya.
Encik Rusinorhelmi Mohamad Sukur sedang menyusun buku di Pusat Sumber SK Sijangkang Jaya.
Puan Nor Hamizah binti Abdul Hamid (Kanan) sedang menyerahkan sijil penghargaan kepada Puan Siti Salwa Abdul Rahman

Avatar photo
Asmah binti Sabtu PTAR 1 Shah Alam

Leave a Reply