Pertandingan Koir Kemerdekaan 2022

MELAKA, 5 Julai 2022 – Telah berlangsung Pertandingan Koir Kemerdekaan UiTM Kampus Bandaraya Melaka (KBM) 2022 pada jam 8.00 malam bertempat di Auditorium Ibu Zain yang telah dirasmikan oleh Penolong Rektor UiTM Kampus Bandaraya Melaka, Dr. Mohd Halim bin Mahphoth.

Pertandingan secara bersemuka ini buat pertama kalinya berjaya dianjurkan oleh Unit Kebudayaan dengan kerjasama Kelab Warisan Budaya (KWB) & PTAR UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

Pertandingan yang dianjurkan bagi mencungkil bakat mahasiswa UiTM Kampus Bandaraya ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para pelajar.

Pertandingan ini melibatkan 15 pasukan yang terdiri daripada pelajar semester 5 dari pelbagai kelas.

Tempat pertama telah diungguli oleh kumpulan pelajar dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (HM2415B), tempat kedua dimenangi oleh kumpulan pelajar dari Fakulti Pengurusan Perniagaan Jurusan Sumber Manusia (BA2435C) dan seterusnya tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan pelajar dari Jurusan Perniagaan Antarabangsa (BA2465C). Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM200, RM150 dan RM100.

Diharap program ini dapat membantu mengadaptasikan ‘Budaya Warisan Bangsa’ di Malaysia seterusnya memberi ilmu pengetahuan tentang aktiviti kebudayaan.

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply