Lawatan Dari Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Melaka Ke PTAR (Aras 12) UiTM Kampus Bandaraya Melaka

UiTM Kampus Bandaraya Melaka, 7 Julai 2022 – Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Melaka telah mengadakan lawatan ke PTAR (Aras 12) Kampus Bandaraya Melaka bersama Encik Zamzuri Bin Ahmad Nazari, pensyarah Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan FPHP.

Wakil pihak PDRM yang hadir dalam sesi lawatan ialah DSP V. Gunasegaran bersama ASP Shaiful daripada Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibupejabat Polis Daerah Melaka Tengah manakala pihak UiTM diwakili oleh  Dr. Mohd Halim Bin Mahphoth, Penolong Rektor UiTM Kampus Bandaraya bersama beberapa pensyarah daripada Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP).

Selain itu, pihak PDRM juga berminat meninjau kemudahan serta fasiliti yang disediakan oleh pihak UiTM bagi melaksanakan program-program secara bersemuka mahupun di dalam talian secara usahasama di masa akan datang.

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply