Hari Jualan 7.7 Young Entrepreneur Sales @ PTAR

Pada Khamis, 7 Julai 2022, telah berlangsung program berbentuk hari jualan, 7.7 Young Entrepreneur Sales anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan MASMED UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengalakkan mahasiswa dalam menceburi bidang perniagaan berskala kecil, selain mempromosikan perpustakaan serta perkhidmatan yang ada kepada pengguna yang datang berkunjung pada hari tersebut.

Program ini melabuhkan tirai dengan pengumuman pemenang ‘Booth’ Terbaik dan penyerahan hadiah telah disampaikan oleh Pustakawan Kanan, Puan Nur Rabita Rouzan. Program 7.7 Young Entrepeneur Sales mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada mahasiswa yang terlibat dengan jualan serta pengunjung yang hadir.

Disediakan oleh: Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau

Avatar photo
Muhammad Shafiq Amirullah PTAR Rembau N. Sembilan

Leave a Reply