Bengkel Basic Ai Design (Students Edition)

Pada Rabu, 6 Julai 2022, telah berlangsung Bengkel Basic Ai Design (Students Edition) anjuran PTAR Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau yang dikendalikan oleh Encik Al Hazriq Zainal Abidin, Pembantu Pustakawan PTAR Kampus Rembau.

Bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk memberi sedikit pendedahan dan pengetahuan asas mengenai perisian Adobe® Illustator® untuk kerja-kerja pengubahan imej serta yang secara tidak langsung memantapkan lagi software skills di kalangan mahasiswa khususnya.

Program yang diadakan secara bersemuka di Makmal Komputer PTAR itu telah berlangsung selama dua (2) jam bermula 2.30 petang sehingga 4.30 petang dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan di kalangan peserta. PTAR Kampus Rembau selaku penganjur menyasarkan program seperti ini akan diteruskan di masa akan datang.

Disediakan oleh: Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau

Avatar photo
Muhammad Shafiq Amirullah PTAR Rembau N. Sembilan

Leave a Reply