Program Library Outreach Bookshelf Hunts @ PTAR Tapah

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah telah mengadakan Program Library Outreach Bookshelf Hunts @ PTAR Tapah pada 7 dan 8 Jun 2022 bertempat di PTAR Kampus Tapah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Pencarian buku di OPAC, Muat turun artikel dan ebooks serta aktiviti bonus di mana pelajar yang menjumpai kertas berwarna kuning terbanyak akan mendapat markah. Aktiviti bonus ini bertujuan untuk menggalakkan para pelajar untuk mengeksplorasi setiap ruang yang terdapat di PTAR Kampus Tapah. Di samping itu, program ini juga diadakan untuk memberi pendedahan dan maklumat yang tepat kepada para peserta mengenai koleksi bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan dan menggalakkan mereka untuk muat turun bahan digital seperti artikel dan ebooks melalui saluran yang betul iaitu ezaccess PTAR.

Program yang dijalankan selama dua hari ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar. Hadiah menarik turut disediakan bagi para pemenang yang mendapat markah tertinggi. Semoga dengan adanya Program Library Outreach seperti ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar terutamanya dalam memberi pendedahan mengenai bahan bacaan yang boleh didapati di perpustakaan dan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PTAR Kampus Tapah. Terima kasih kepada semua pelajar yang telah menyertai program anjuran PTAR Kampus Tapah ini dan tahniah kepada para pemenang.

Disediakan oleh: Nur Dayana Mohd Narwawi, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah

Avatar photo
Mohd Amirul Hafidz Bin Ahmad PTAR Tapah Perak

Leave a Reply