Live@PTAR : Speed Reading! How Can I Read?

Pada 6 April 2022 (Selasa), Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub telah mengadakan sebuah sesi bual bicara yang bertajuk “Speed Reading! How Can I Read?”. Bagi sesi siaran langsung kali ini, panel jemputan bagi pihak PTAR merupakan Ketua Bahagian Perkhidmatan Maklumat Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu En Ahmad Yazid bin Ahmad@Abdul Rahman dan Cik Muniratul Husna binti Mohamad Zaki, Pustakawan UiTM Cawangan Pahang sebagai moderator.

Program yang berlangsung lebih kurang satu jam ini telah mengupas secara umum asas pembacaan pantas yang diperkukuhkan lagi dengan kajian serta statistik perlaksanaan bengkel bacaan pantas. Program ini membantu memupuk daya membaca para penonton dengan beberapa langkah atau methodologi yang dibekalkan oleh penceramah. Secara tidak langsung, meningkatkan daya kualiti pembelajaran seseorang selari dengan matlamat Sustainable Development Goal (SDG) 4 : Quality Education.

Berkat dengan kerjasama sesama perpustakaan, program ini juga telah meraih sambutan yang menggalakkan iaitu sebanyak 1266 jumlah tontonan kedua-duanya daripada Facebook Live dan Youtube Live. Secara tidak langsung, jalinan kerjasama yang dilakukan terbukti berkesan justeru menepati matlamat Sustainable Development Goal (SDG) 17 : Partnerships for The Goal.

Mohd Anwar bin Hassim Per. Al-Bukhari Raub Pahang

Leave a Reply