Taklimat Pendaftaran & Verifikasi Bahan Penerbitan Di Modul Penerbitan Sistem PRIMe Bersama Warga Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur.

Perpustakaan Tun Abdul Razak Alam Bina, UiTM Shah Alam telah menganjurkan Taklimat Pendaftaran & Verifikasi Bahan Penerbitan Di Modul Penerbitan Sistem PRIMe bersama warga Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur pada 11 Mei 2022, hari Rabu dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Taklimat ini dilaksanakan secara atas talian melalui platform Webex. Seramai 20 orang pensyarah telah menyertai sesi taklimat tersebut.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Puan Siti Rohayu Mohamad Yusof Pustakawan Kanan (Penyelaras Koordinator PTAR-PRIMe), PTAR UiTM Shah Alam. Pengisian bagi program tersebut adalah seperti berikut:
a. Pengenalan kepada Modul Penerbitan Sistem PRIMe
b. Proses Pendaftaran dan Verifikasi Bahan Penerbitan
c. Sesi Soal Jawab

Diharapkan sesi taklimat seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang bagi membantu para penyelidik untuk mendaftarkan penerbitan dan penulisan mereka dengan sebaiknya seterusnya memberikan impak kepada pengurusan penerbitan warga FSPU.

Zharif Farhan Muhamad Pauzi PAB Shah Alam

Leave a Reply