Taklimat Pendaftaran & Verifikasi Bahan Penerbitan (PRIME) bersama Fakulti Undang-Undang (FUU)

Perpustakaan Tun Abdul Razak Undang-Undang (PUU), UiTM Shah Alam telah menganjurkan Taklimat Pendaftaran & Verifikasi Bahan Penerbitan Di Modul Penerbitan Sistem PRIMe bersama warga Fakulti Undang-Undang (FUU) pada 15 April 2022, hari Jumaat dari jam 2.30 hingga 4.30 petang. Taklimat ini dilaksanakan secara atas talian melalui platform Cisco Webex. Seramai 51 orang pensyarah telah menyertai sesi taklimat tersebut.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Puan Siti Rohayu Mohamad Yusof Pustakawan Kanan (Penyelaras Koordinator PTAR-PRIMe), PTAR UiTM Shah Alam. Pengisian bagi program tersebut adalah seperti berikut:
a. Pengenalan kepada Modul Penerbitan Sistem PRIMe
b. Proses Pendaftaran dan Verifikasi Bahan Penerbitan
c. Sesi Soal Jawab

Diharapkan sesi taklimat seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang bagi membantu para penyelidik untuk mendaftarkan penerbitan dan penulisan mereka dengan sebaiknya seterusnya memberikan impak kepada pengurusan penerbitan warga FUU.

Nur Azian Azis PUU Shah Alam

Leave a Reply