Taklimat Penggunaan EndNote: “Citation & References”

Pada 06 April 2022 Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah menganjurkan Taklimat Penggunaan EndNote: “Citation & References” anjuran bersama Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM). Program ini adalah bertujuan bagi menyampaikan konsep citation & reference kepada pelajar agar mereka faham dan boleh diaplikasi di dalam tugasan/kerja kursus/projek yang perlu dilaksanakan.

Sesi taklimat ini telah dijalankan secara atas talian dengan menggunakan platform Cisco Webex yang telah disampaikan oleh Pensyarah FSKM, Encik Mohd Nabil Zulhemay. Taklimat ini telah dijalankan selama 2 jam dan telah dihadiri oleh 280 orang peserta.

Objektif Taklimat Penggunaan EndNote: ” Citation & References” adalah seperti berikut:

  • Demonstrasi penggunaan perisian EndNote kepada pelajar supaya dapat mereka gunakan di dalam penulisan/kajian yang dilakukan.
  • Menggalakkan pelajar membuat kerja dengan kaedah yang betul dan berkesan serta meminima kesilapan dalam tugasan.
  • Insiatif sebagai penggalak kepada pelajar agar mengoptimal penggunaan perisian yang disediakan serta kosnya ditanggung oleh pihak UiTM.

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply