Lawatan Penandaarasan Dari Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Ke PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Pada 30 Mac 2022 PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah menerima Lawatan Penandaarasan Dari Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Lawatan ini telah disertai oleh 7 orang staf dari Bahagian Perkhidmatan Pengguna, Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) dan diketuai oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Encik Arman bin Mohammad.

Objektif utama lawatan ini adalah memfokuskan kepada meninjau dan berkongsi pengalaman daripada perpustakaan akademik lain melalui aspek pengurusan kaunter, pengurusan ruang, pembaikan bahan, perkhidmatan rujukan, promosi dan perancangan strategik perpustakaan. Disamping itu, lawatan ini dapat mengeratkan silaturahim dan berkongsi idea serta isu mengenai cabaran yang dihadapi.

Berikut disertakan tentatif ringkas program Lawatan Penandaarasan:

8.30 pagiKetibaan pelawat dari UTeM Sesi bergambar & Sarapan pagi
9.00 pagi Pelawat dibawa ke Bilik Seminar Nyanyian Lagu Negaraku Dan Wawasan Setia Warga UiTM
9.15 pagiBacaan Doa dan Deklamasi Puisi oleh Encik Noor Izam bin Samin
9.30 pagiTayangan Video Korporat PTAR UiTM Cawangan Melaka
Ucapan Aluan dan Pembentangan Pencapaian PTAR oleh : Encik Ahmad Nazri bin Jaafar Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin
10.30 pagiUcapan wakil dari UTeM oleh : Encik Arman bin Mohammad Timbalan Ketua Pustakawan Ketua Bahagian Perkhidmatan Pengguna (BPP)
10.45 pagiSesi Soal Jawab
11.15 pagi 11.25 pagiSesi Penyampaian Cenderhati, Sesi Bergambar di Ruang Legar Aras 1 & Tandatangan Buku Pelawat
11.30 pagiLawatan Pelawat ke Unit-Unit :
Aras 3 – Unit Teknologi Maklumat
Aras 2 – Unit Penyelidikan, Pembelajaran & Rujukan
Aras 1 – Unit Perhubungan Pelanggan dan Perkhidmatan Koleksi
12.30 tengah hariMakan Tengahari
1.00 petangLawatan Tamat / Bersurai

Diharapkan hasil dari lawatan ini dapat membina jaringan kerjasama baik antara kedua pihak perpustakaan akademik seterusnya memacu kecemerlangan operasi serta tadbir urus perkhidmatan perpustakaan.

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply