Program Academic Webinar:   Systematic Literature Review: An Overview

PTAR UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Melaka telah menjalankan program Academic Webinar:  Systematic Literature Review: An Overview pada:

Tarikh: 23 Mac 2022 | Rabu

Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari

Medium: Cisco Webex

Peserta: Terbuka kepada semua pelajar / staf akademik / penyelidik

Moderator:

Encik Mohd Ismail Abidin, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM

Penceramah :

Dr. Samsul Farid Samsuddin, Pensyarah Kanan, Universiti Malaya

Objektif program: 

  1. Membudayakan program ilmiah berteraskan pembudayaan galakan penulisan akademik dan ilmiah
  2. Meningkatkan ketampakan (visibility) Perpustakaan Tun Abdul Razak dari usaha-usaha pembudayaan ilmu.
  3. Menjadi pusat kecemerlangan bagi program-program pembudayaan ilmu.

Seramai 370 orang peserta telah menyertai webinar akademik ini dari pelbagai organisasi dalam dan luar negara. PTAR sebagai sebuah perpustakaan akademik menaruh harapan tinggi agar dapat terus memainkan peranan penting bagi memastikan penyediaan perkhidmatan memenuhi teras UiTM dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Terima kasih dan selamat menulis!!!

Rakaman webinar boleh diakses di : https://melaka.library.uitm.edu.my/pages/upcoming-event/latest-ptar/499-slroverview

Penulis : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan PTAR Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply