ODL HELPER

Pada 29 Mac 2022, Satu Program Read@UiTM ODL HELPER telah disampaikan oleh Puan Hafiza Mustape, Pustakawan Kanan, PTAR Kampus Puncak Alam. Program tersebut telah diadakan selama satu jam bermula pada jam 4.00 petang hingga 5.00 petang. Program yang diadakan setiap semester ini dianjurkan oleh Persatuan Sakreteriat Mahasiswa Fakulti Pengurusan Maklumat melalui platform webex. Seramai 155 orang pelajar baharu telah menyertai sesi taklimat ini.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan perpustakaan berkenaan dengan waktu operasi, peraturan perpustakaan, koleksi perpustakaan, perkhidmatan yang disediakan, dan lain-lain maklumat berkaitan perkhidmatan digital perpustakaan yang disediakan oleh PTAR. Di samping itu, taklimat ini diadakan adalah bertujuan untuk mempromosikan PTAR di kalangan para pelajar baharu agar mereka dapat menggunakan semua kemudahan yang disediakan di PTAR dalam mencari bahan pembelajaran dan penyelidikan dengan sebaiknya.

Penulis : Hafiza Mustape

Hafiza Mustape PTAR Puncak Perdana Selangor

Leave a Reply