Live @ PTDI : Bicara Ilmu Bersama Alumni UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat Siri I & Siri II

13 & 20 Januari 2022 –  Program Bicara Ilmu merupakan satu program yang menggabungkan pelbagai variasi khusus tentang jurusan Pengurusan Maklumat yang melibatkan komunikasi antara pelajar dan panel jemputan bagi melahirkan mahasiswa yang berjaya sekaligus menzahirkan penghayatan tentang pengalaman yang dikongsikan secara atas talian.

Program ini adalah program khidmat komuniti dibawah anjuran pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat. 

Antara objektif program adalah:-

  • Memberi peluang kepada para pelajar untuk terlibat dalam program yang berunsurkan pendidikan, sukarelawan, menambah ilmu pengetahuan, memberi gambaran awal mengenai alam pekerjaan dan perkara yang dapat diaplikasikan semasa bekerja.
  • Membentuk keperibadian dan kemahiran serta pengetahuan yang luas dalam diri setiap individu.
  • Melahirkan peserta yang mempunyai minat ingin tahu yang tinggi dan cintakan ilmu.

Program ini dilaksanakan secara atas talian melalui platform StreamYard dan disiarkan melalui Facebook PTDI serta Youtube UiTM Johor. 

Bagi siri I, slot 1, pihak penganjur daripada kelas JIM1105A telah menjemput Encik Muhammad Izzuddin bin Abd Rahman manakala penceramah jemputan kelas JIM1105C merupakan Encik Md Azri Dzhiya Ul Haq bin Md Aziz untuk slot 2. Kedua-dua penceramah merupakan Alumni UiTM Cawangan Johor dan telah memberikan penekanan terhadap tajuk Pengurusan Rekod dan kehidupan di luar sebagai seorang profesional Pengurusan Maklumat.

Pelajar yang terlibat adalah seramai 58 orang daripada Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Segamat dibawah pimpinan pensyarah kanan iaitu En. Nor Ezan Omar. Jumlah pendaftaran bagi keseluruhan program ialah 285 penyertaan dan turut disaksikan sebanyak 885 tontonan menerusi platform YouTube Live manakala 119 tontonan di platform Facebook Live.

Bagi siri II, slot 1, kelas JIM110 5B telah menjemput Cik Norasikin binti Darsono manakala slot 2 pula dikendalikan oleh kelas JIM110 5D telah menjemput Ts. Ahmad Fauzi bin Ahmad Puad. Kedua-dua penceramah ini telah mengupas tentang topik yang menarik seperti perjalanan sebagai seorang pelajar dan pengalaman kerjaya yang diceburi

Siri 2 ini melibatkan 55 orang pelajar daripada Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Kampus Segamat, yang juga dipimpin oleh En. Nor Ezan Omar. Jumlah pendaftaran bagi slot 1 ialah 1026 penyertaan manakala slot 2, 153 penyertaan. Sebanyak 1028 tontonan menerusi platform YouTube Live dan 115 tontonan di platform Facebook Live bagi kedua-dua slot.

Penulis : Roslan bin Mohd Nor | Pembantu Pustakawan Kanan

Siti Rozana Mat Sanat PTDI Segamat Johor

Leave a Reply