Coffee Talk bersama Ketua Timbalan Pustakawan UiTM Cawangan Selangor

Pada 23 Februari 2022, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam telah menganjurkan satu sesi Coffee Talk bersama Ketua Timbalan Pustakawan UiTM Cawangan Selangor, Ts Mohamad Hamidi bin Mohd Jais. Objektif program ini dijalankan adalah untuk berkongsi maklumat terkini berkenaan dengan pencapaian serta perancangan strategik perpustakaan di samping untuk menyuntik semangat dan motivasi bekerja berpasukan kepada para staf bagi memastikan pencapaian dan penglibatan mereka dapat dipertingkatkan lagi dimasa akan datang.

Staf yang terlibat dengan program ini merangkumi staf dari PTAR seluruh Cawangan Selangor iaitu PTAR Kampus Puncak Alam, PTAR Kompleks Alam Bina, PTAR Kampus Puncak Perdana, PTAR Kampus Sungai Buloh, PTAR Kampus Teluk Intan, PTAR Kampus Selayang dan PTAR Kampus Dengkil. Program ini berjalan selama 1 jam 30 minit menggunakan platform Google Meet.

Program seperti ini meninggalkan kesan yang amat positif di kalangan para staf perpustakaan yang mana mereka dapat memberi pendapat dan pandangan secara terus kepada Ketua Timbalan Pustakawan. Oleh itu, program seperti ini akan diteruskan lagi di masa akan datang.

Penulis : Puan Nur Fatihah Muhamad (Pustakawan)

Nur Fatihah Muhamad PTAR Puncak Alam

Leave a Reply