Program Library Outreach PTAR ke Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM Cawangan Melaka

PTAR UiTM Cawangan Melaka telah menjalankan Program Library Outreach PTAR ke Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM Cawangan Melaka pada :

Tarikh : 23 Februari 2022 | Rabu
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Medium : Cisco Webex
Peserta : 33 orang dari kalangan staf PTAR UiTM Cawangan Melaka dan Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM Cawangan Melaka

Objektif utama lawatan ini adalah :

1. Memperkenalkan perkhidmatan PTAR UiTM Cawangan Melaka khususnya Unit Penyelidikan, Pembelajaran dan Rujukan
2.Membincangkan dan mendapatkan maklumbalas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang diperlukan

3.Laporan Perkembangan Proses Pengumpulan Profil Data Penyelidik UiTM Cawangan Melaka

4.Perbincangan dua hala kerjasama antara PTAR dan Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM Cawangan Melaka

PTAR UiTM Cawangan Melaka mengucapkan setinggi terima kasih atas kesudian hadir Dr. Nur Hayati Abdul Rahman, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, Dr.Shafaf Ibrahim, Koordinator Jurnal dan Penerbitan Univerisit, Dr.Khairunnisa Abd Samad, Penyelaras Integriti Penyelidikan dan Encik Abdul Qayyum Abdul Razak, Penyelaras Data Penerbitan dan Jaringan Industri. Melalui sesi ini, PTAR sebagai sebuah perpustakaan akademik menaruh harapan tinggi agar dapat terus memainkan peranan penting bagi memastikan penyediaan perkhidmatan memenuhi teras UiTM dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

Agenda utama perbincangan sepanjang program berlangsung
Antara peserta yang turut hadir ke program melalui medium Cisco Webex
Pembentangan Transformasi PTAR UiTM oleh Puan Noor Hayati Abu Kassim, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka

Disediakan oleh : Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, UiTM Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply