Misi Bantuan Pasca Banjir Di Negeri Pahang Di Sekolah Kebangsaan Tanjung Lalang, Temerloh.

Pada 05 Januari 2022 (Rabu), Staf Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka telah menyertai Misi Bantuan Pasca Banjir di Negeri Pahang yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Tanjung Lalang,Temerloh, Pahang.

Misi ini adalah di bawah anjuran UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka iaitu Misi Bantuan Bencana. Misi bantuan ini diketuai oleh En. Abdul Mutalib bin Jamil, Pegawai Hal Ewal Islam Kanan.
Objektif misi ini alah membantu membersihkan kesan banjir.

Antara bantuan dalam misi ini ialah berbentuk kerja mengalihkan, menyusun perabot dan kelengkapan kelas serta di Bilik Guru. Selain staf perpustakaan, terdapat juga staf dari unit dan bahagian lain yang menyertai misi ini. Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Sekolah Kebangsaan Tanjung Lalang.

Kerja mengalihkan, menyusun perabot dan kelengkapan kelas serta di Bilik Guru

Disediakan oleh : Roshairi Bin Che Razali, Pembantu Pustakawan Kanan

Norfitriah Mat Seman PTA Machang Kelantan

Leave a Reply