Perbincangan Kolaborasi Antara PTAR dan Unit Perkhidmatan OKU

Perbincangan Kolaborasi PTAR dan Unit Perkhidmatan OKU, UITM
Barisan Ahli Perbincangan Kolaborasi PTAR dan Unit Perkhidmatan OKU, UiTM
Perbincangan Kolaborasi PTAR dan Unit Perkhidmatan OKU Dipengerusikan oleh Encik Jamalludin bin Sulaiman

Seiring dengan penubuhan Unit Perkhidmatan OKU UiTM (UPO UiTM) di bawah Pejabat Naib Canselor pada November 2019, PTAR telah mengambil inisiatif untuk memberi fokus penyampaian perkhidmatan terhadap golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Langkah ini dilihat seiring dengan hasrat UiTM yang ingin memperkasa golongan OKU demi menyahut seruan kerajaan sebagaimana  terkandung dalam Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Inklusif Orang Kurang Upaya di Institut Pengajian Tinggi 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia. Strategi pemerkasaan golongan OKU ini termasuklah kesaksamaan pendidikan dengan menjadikan universiti inklusif golongan OKU serta penyediaan perkhidmatan dan kemudahan prasarana yang memenuhi keperluan golongan ini.

Sejajar dengan itu, satu sesi perbincangan kolaborasi antara PTAR dan UPO UiTM telah diadakan pada petang 28 Januari 2022 di Bilik Mesyuarat PTAR. Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Encik Jamalludin bin Sulaiman, dan dihadiri oleh lima orang staf PTAR beserta lima orang staf UPO UiTM yang diketuai oleh Pengarah UPO, Ts. Dr. Roslinda Alias. Objektif sesi perbicangan ini ialah untuk perkongsian maklumat dan kepakaran  berkaitan keperluan golongan OKU terhadap perkhidmatan PTAR.

Adalah diharapkan agar sesi perbincangan ini menjadi asas terhadap perancangan penyediaan perkhidmatan OKU PTAR dan disebarluas ke cawangan PTAR yang lain.

Avatar photo
Asmah binti Sabtu PTAR 1 Shah Alam

Leave a Reply