Kelas Literasi Maklumat Online Database Explore on Searching Techniques

Kelas Literasi Maklumat Online Database Explore on Searching Techniques

Shah Alam, 15 Oktober 2025 – Seramai 25 orang pelajar daripada Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) telah menyertai sesi Kelas Literasi Maklumat bertajuk "Online Database – Explore on Searching Techniques" yang berlangsung di Pusat IT, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam.

Program ini diadakan pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang dan bertujuan memperkasa kemahiran pencarian maklumat dalam kalangan pelajar melalui penggunaan pangkalan data akademik yang disediakan oleh perpustakaan.

Sesi ini dikendalikan oleh En. Mohd Hazrul Bin Mohd Hussin, Ketua Perpustakaan / Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP), yang berkongsi pelbagai teknik carian berkesan termasuk penggunaan Boolean Operators, Truncation, dan Phrase Searching.

Pelajar turut didedahkan kepada sumber-sumber akademik seperti pangkalan data dalam talian yang boleh diakses melalui laman web PTAR. Selain penerangan teori, sesi turut disertai dengan latihan praktikal (hands-on) bagi membolehkan pelajar mengaplikasikan teknik yang dipelajari secara terus.

Menurut En. Mohd Hazrul, pendedahan awal terhadap kemahiran literasi maklumat amat penting bagi pelajar, khususnya dalam menyokong keperluan pembelajaran dan penyelidikan mereka.

Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan pelajar memberikan maklum balas positif terhadap pengisian yang disampaikan.

Tags: ,