Tuesday, 27 Rabi'ulawal 1446
Tuesday, 01 October 2024

School Activities

Visits | Workshop | Programme

Bengkel Pembangunan Laman Web Perpustakaan UiTM Secara Berpusat

Pada 25 September 2024, satu bengkel khas bertajuk Bengkel Pembangunan Laman Web Perpustakaan Secara Berpusat telah diadakan secara atas talian menggunakan platform Google Meet. Bengkel ini disasarkan kepada pentadbir laman web (webmaster) dan pengurus laman web perpustakaan dari seluruh cawangan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Pustakawan automasi dari Unit Pembelajaran Digital , Mohd Izwan Salim dan Dr. Hajah Adlina Binti Abdullah, telah dijemput untuk membimbing peserta melalui pelbagai aspek teknikal dan pengurusan kandungan laman web perpustakaan.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi makluman tentang pembangunan laman web perpustakaan baharu, disertai dengan panduan pengurusan kandungan secara efisien. Selain itu, peserta juga diberi taklimat mengenai penetapan laman web bagi tujuan keseragaman dan kebolehgunaan yang lebih baik.

Bengkel yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang ini mengandungi dua sesi utama. Sesi pertama memfokuskan kepada pengurusan laman web menggunakan aplikasi Joomla, manakala sesi kedua pula memberikan panduan penulisan kandungan laman web dengan bantuan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Program ini penting bagi memastikan pentadbir laman web perpustakaan UiTM cawangan dapat mengurus dan memperbaharui laman web perpustakaan mereka dengan lebih efektif, seiring dengan keperluan digital yang semakin berkembang.

Dengan adanya bengkel ini, diharapkan setiap cawangan perpustakaan UiTM dapat memanfaatkan laman web baharu untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kepada pengguna.

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian