Thursday, 15 Rabi'ulawal 1446
Thursday, 19 September 2024

School Activities

Visits | Workshop | Programme

Lawatan Kerja Penandaarasan Perpustakaan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI)

Lawatan Kerja Penandaarasan Perpustakaan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI)

 

 

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menerima lawatan kerja penandaarasan daripada Perpustakaan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) secara atas talian menggunakan platform Zoom Meeting. Lawatan ini diketuai oleh Ketua Pustakawan iaitu Ibu Dr. Riche Cynthia Johan, M. Si serta beberapa pegawai perpustakaan dan diraikan oleh Ts. Hj. Azizi bin Jantan selaku Ketua Jabatan Perpustakaan Digital, Tn Hj Ahmad Faizar dan En. Ashraf Zamani. Tujuan lawatan kerja penandaarasan ini adalah untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai pengurusan koleksi digital seperti yang telah diwujudkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak. Justeru, pihak PTAR amat berbesar hati berkongsi maklumat mengenai pengurusan koleksi digital akses terbuka (open access) dan laman web perpustakaan. Penekanan turut diberikan kepada tiga komponen Perpustakaan Digital PTAR iaitu perkhidmatan digital (digital service), koleksi digital (digital collection) dan proses digital (digital proccess). Di samping itu, proses pengindeksan bahan akses terbuka seperti Directory Open Access Journal (DOAJ), Directory Open Access Book (DOAB) dan lain-lain repositori institusi turut dikongsi bersama. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga Perpustakaan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI).  

 

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian