Wednesday, 12 Rabi'ulakhir 1446
Wednesday, 16 October 2024

School Activities

Visits | Workshop | Programme

Program Bicara Pakar : Pengendalian Kesihatan Mental dan Gangguan Seksual di Kalangan Remaja

 

04 Oktober 2024 | Program Bicara Pakar ini diadakan untuk memberi pendedahan dan pemahaman yang lebih mendalam tentang isu kesihatan mental dan gangguan seksual yang semakin meningkat di kalangan remaja. Program ini bertujuan untuk mendidik remaja, ibu bapa, dan pendidik mengenai cara mengenal pasti dan mengatasi masalah ini dengan berkesan.

Program Bicara Pakar : Pengendalian Kesihatan Mental dan Gangguan Seksual di Kalangan Remaja ini telah dilaksanakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 04 Oktober 2024
Lokasi: DKD 1, Pusat Asasi
Penyertaan : Pelajar Pusat Asasi

Objektif utama Program Bicara Pakar : Pengendalian Kesihatan Mental dan Gangguan Seksual di Kalangan Remaja ini dianjurkan bertujuan bagi:

1️⃣: Meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan mental dan gangguan seksual di kalangan remaja.
2️⃣: Memberi pengetahuan tentang cara menangani dan mengurus isu-isu tersebut.
3️⃣: Mewujudkan platform untuk perbincangan terbuka antara pelajar dan pakar psikologi.

Antara pengisian aktiviti yang telah diadakan ialah Pembentangan oleh pakar dalam bidang psikologi dan kesihatan mental, Perbincangan Panel dan sesi Soal Jawab antara pakar dan pelajar. Program ini dihadiri oleh lebih daripada 350 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar Pusat Asasi.

Maklum balas daripada peserta menunjukkan bahawa program ini sangat bermanfaat. Peserta menyatakan bahawa mereka mendapat banyak maklumat berguna dan merasa lebih berani untuk bercakap mengenai isu-isu yang sensitif ini. Cadangan untuk program akan datang termasuk mengadakan lebih banyak sesi dan mengembangkan topik perbincangan.

Program Bicara Pakar ini telah mencapai objektifnya dalam meningkatkan kesedaran dan memberikan pengetahuan tentang pengendalian kesihatan mental dan gangguan seksual di kalangan remaja. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa hadapan untuk memberi manfaat kepada lebih ramai individu.

#pusatasasiuitm
#ptaruitmdengkil
#ptardengkil

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian