Wednesday, 12 Rabi'ulakhir 1446
Wednesday, 16 October 2024

School Activities

Visits | Workshop | Programme

Sesi Libat Urus Perpustakaan Tun Dr. Ismail

Pada 7 Oktober 2024, Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang telah mengadakan sesi libat urus bersama warga perpustakaan kampus tersebut. Sesi yang berlangsung pada jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat PTDI ini melibatkan Puan Mawar Noor Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan UiTM Johor, serta 9 orang staf perpustakaan yang terdiri daripada 2 orang Pustakawan Kanan dan 7 orang Pembantu Pustakawan Kanan.

Sesi ini bertujuan membincangkan strategi dan inisiatif penting untuk mencapai Key Performance Indicator (KPI) dan Performance Indicator (PI) yang telah ditetapkan. Perbincangan juga merangkumi aspek operasi perpustakaan dan peningkatan mutu perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna. Selain itu, fokus turut diberikan kepada inovasi dalam pengurusan perpustakaan bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan lebih relevan dan efisien.

Puan Mawar Noor Abdullah menekankan kepentingan kerjasama dan komunikasi yang berkesan antara pengurusan dan staf perpustakaan dalam usaha memperkukuh peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu di kampus. Sesi ini turut membuka ruang kepada staf untuk melontarkan idea dan cadangan kepada pihak pengurusan perpustakaan bagi merancakkan lagi perkhidmatan di kampus Pasir Gudang.

Dengan semangat kebersamaan, sesi ini diharap dapat memberi impak positif terhadap perkhidmatan perpustakaan serta membantu dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Perpustakaan Tun Dr. Ismail merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sesi libat urus ini, khususnya kepada Puan Mawar Noor Abdullah yang telah berkongsi pandangan dan kepimpinan yang bernas dalam meningkatkan mutu pengurusan perpustakaan di UiTM Johor.

 
 

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian