Thursday, 15 Rabi'ulawal 1446
Thursday, 19 September 2024

School Activities

Visits | Workshop | Programme

Lawatan SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak

Program eksklusif bermula 2 Ogos hingga 4 Ogos 2024 ini merupakan inisiatif memperkasa pembudayaan ilmu dan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan komuniti sekolah disertai 37 orang Pengawas Sekolah Tingkatan 3 dan 4 serta diiringi 4 orang guru.
 
Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk menyuntik semangat, pendedahan awal pembudayaan ilmu peringkat universiti dan pengalaman menikmati suasana sebagai mahasiswa UiTM.
 
Lawatan bermula di Galeri Tun Abdul Razak, dikendalikan oleh Puan Roszainatul Haizan Binti Rusili dan seterusnya ke pengisian utama program iaitu Asas Bacaan Pantas dikendalikan oleh Puan Siti Salwa A.Rahman dan Literasi Maklumat oleh Puan Norazlin Mohd Yusof.
 
Turut hadir meraikan sekolah pada hari ini, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan yang menyantuni guru-guru ke Koleksi Khas Jawi dan perkongsian ilmu berkenaan peranan perpustakaan.
 
Sebelah petang pula, pelajar dan guru diraikan oleh 4 orang warga akademik UiTM yang juga merupakan alumni SMKA Sultan Azlan Shah yang berkongsi memori, pengalaman dan laluan kerjaya mereka sebagai suntikan motivasi kepada para pelajar.
 

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian