Thursday, 15 Rabi'ulawal 1446
Thursday, 19 September 2024

School Activities

Visits | Workshop | Programme

Jerayawara Perpustakaan Sultan Badlishah AC110/AC220

Jerayawara Perpustakaan Sultan Badlishah AC110/AC220

Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) UiTM Cawangan Kedah telah menganjurkan Program Jerayawara Perpustakaan Sultan Badlishah bersama Program Diploma Perakaunan (AC110) dan Program Ijazah Sarjana Muda (K) Perakaunan (AC220). Program ini merupakan aktiviti libat urus PSB bersama program pengajian universiti di UiTM Cawangan Kedah yang bertujuan untuk memberi literasi kepada peneraju program berkenaan perkhidmatan serta pendedahan menyeluruh berkenaan kolaborasi atau kerjasama yang dapat dilaksanakan antara pihak fakulti dan juga perpustakaan demi kelangsungan pembudayaan ilmu secara dalaman dan penglibatan komuniti setempat.


Melalui program ini, pihak perpustakaan dapat memberi penerangan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan dan mendapatkan maklumbalas daripada Ketua Pusat Pengajian, Koordinator dan wakil-wakil program bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan secara terus melalui sesi Meet & Greet bersama 12 orang pensyarah yang hadir.

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian