Tuesday, 27 Rabi'ulawal 1446
Tuesday, 01 October 2024

School Activities

Visits | Workshop | Programme

Program Khidmat Komuniti Sekolah di SMK Engku Husain, Semenyih

Modul Bacaan Pantas dipimpin oleh Cik Ummi Halimatunssaadiyya Shamsul Yuzli dengan bantuan fasilitator Puan Norazlin Mohd Yusof dan pasukan sokongan dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Shah Alam. Objektifnya adalah untuk memperkenalkan teknik bacaan pantas bagi meningkatkan keupayaan membaca dan memahami maklumat.

Program merangkumi pengenalan kepada bacaan pantas, kepentingannya, halangan yang biasa dihadapi, serta persediaan sebelum membaca.

Selain itu, literasi maklumat telah menjadi fokus utama sekolah. Program literasi ini bertujuan untuk:

  1. Meningkatkan kemahiran mencari maklumat.
  2. Menilai kesahihan sumber.
  3. Menggunakan maklumat secara bijak dan beretika.

Aktiviti yang dijalankan termasuk Kelas Latihan Literasi Maklumat dan Workshop Perpustakaan bagi membimbing pelajar dalam menggunakan pelbagai sumber maklumat.

Kedua-dua program ini berjaya memperkasakan pelajar dalam menghadapi cabaran era digital, mempersiapkan mereka menjadi pengguna dan pencipta maklumat yang beretika.

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian