Friday, 27 Jamadilawwal 1446
Friday, 29 November 2024

Library News

Perbincangan Bersama Profesor Madya Dr. Azman Mat Isa dan Kursi Institusi Raja-Raja Melayu

SHAH ALAM, 5 Januari 2024 - Koleksi Jawi@PTAR bermula apabila YBhg. Datuk Naib Canselor mencetuskan idea bagi pendigitalan koleksi Jawi di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dalam satu pertemuan bertarikh 9 November 2023 di Pejabat Naib Canselor.

Justeru, bagi memperkasa koleksi Jawi@PTAR, suatu perbincangan antara PTAR bersama Profesor Madya Dr. Azman Mat Isa, Pensyarah Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik dan Encik Abdul Rahman Naim Mat Ali, Penolong Pendaftar Kanan Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu telah diadakan seperti berikut:
Tarikh : 4 Januari 2024 (Khamis)
Masa : 9:00 pagi-12:30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PTAR

Perbincangan ini telah menghasilkan perkara berikut:

1. Perolehan bahan bertulisan jawi dan penganjuran latihan atau program adalah berpandukan senarai institusi yang dikenalpasti oleh Profesor Madya Dr. Azman Mat Isa bersama Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu.

2. PTAR berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan pembangunan koleksi Jawi dan Manuskrip Melayu menerusi kerjasama bersama Akademi Jawi Malaysia (AJM), Perpustakaan Negara Malaysia dan Arkib Negara Malaysia (ANM). PTAR telah menjalin hubungan kerjasama bersama AJM hasil perjumpaan sebanyak dua kali iaitu pada 20 November 2023 dan 29 November 2023. Berikutnya, PTAR akan mengadakan perbincangan bersama PNM dan ANM.

3. Mengutamakan pencarian dan pengumpulan hasil tulisan Profesor Naquib Al-Attas sebagai sumber pembentukan adab dan budaya Islam di UiTM.

4. Penganjuran aktiviti Jawi akan diadakan di lokasi strategik di PTAR, Anjung Seri Budiman, Galeri dan Dewan Konsert Seri Budiman.

 

 

Please publish modules in offcanvas position.