Friday, 27 Jamadilawwal 1446
Friday, 29 November 2024

Library News

Perbincangan “Collaborative Teaching” kerjasama pihak Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) dan PTAR

Satu sesi perbincangan antara pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat dengan Wakil Pengurusan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah diadakan pada 10 November 2021, Rabu bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti  Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.

Perbincangan dihadiri seramai 10 orang pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan Perpustakaan, Fakulti Pengurusan Maklumat dengan diwakili seramai 5 orang P&P PTAR yang dipengerusikan oleh Encik Jamalludin Sulaiman, Ketua Timbalan Pustakawan. Perbincangan menjurus kepada kerjasama pihak fakulti dan PTAR dalam “Collaborative Teaching” (CIDL) yang disarankan UiTM. Ini akan melibatkan tenaga pengajar dari kalangan P&P PTAR sebagai rakan industri untuk memudahcara pengajaran, mendidik, membimbing dan melatih pelajar bagi memperkasa pembelajaran kendiri pelajar. Selain itu, kolaborasi pustakawan, penyarah dan pelajar dalam menjalankan penyelidikan dan menghasilkan akademik atikel. Seterusnya memperkasa latihan industry pelajar FPM dengan perpustakaan UiTM.

Tags:

Please publish modules in offcanvas position.