PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK (PTAR), UiTM SHAH ALAM DAN PELAKSANAAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN SECARA ATAS TALIAN
Perkhidmatan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) akan DITUTUP buat sementara waktu bermula pada 17 Mac 2020 sehingga 28 April 2020. Pemakluman selanjutnya akan dibuat dari semasa ke semasa.
Untuk makluman warga kampus, susulan penutupan ini, perkhidmatan perpustakaan akan dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian melalui Perkhidmatan Perpustakaan Digital di pautan https://library.uitm.edu.my/ yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang berikut:
i. Library eResources (Pangkalan Data Atas Talian, eBook, eJournal, Institutional Repository, Electronic Question Paper System)
https://library.uitm.edu.my/collection
ii. Program Pendidikan Pengguna dan aktiviti konsultasi penyelidikan secara atas talian.
https://library.uitm.edu.my/information-literacy-skill-class
iii. Web Based Integrated Library System (WILS) – online renewal, Inter Library Loan (ILL) Cadangan bahan perpustakaan, status pinjaman/pemulangan dan sebagainya.
https://library.uitm.edu.my/opac.html
iv. Perkhidmatan konsultasi rujukan melalui Chat with Librarian
https://library.uitm.edu.my/digital-initiative/services/chat-with-librarian
Sebarang kesulitan amat di kesali.
Sekian, Terima Kasih.