4 Jamadilakhir 1446H | 6 Disember 2024 (Jumaat)
SHAH ALAM – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM menganjurkan Sesi Perkongsian Ilmu: Siri 1, bertujuan meningkatkan pengetahuan, pengalaman, dan kompetensi staf perpustakaan dalam bidang pengetahuan baharu hasil latihan anjuran dalam dan luar UiTM.
Sesi ini menampilkan tiga pembentangan utama:
- Data Stewardship for Open Science oleh Dr. Adlina Abdullah, yang membincangkan pendekatan sistematik dalam mengurus dan berkongsi data saintifik.
- Bengkel TikTok - Get Catchy and Trendy Contents & Videografik Kreatif untuk FYP TikTok! oleh Encik Mohd Azrry Bin Zakaria, Encik Muhammad Hazhar Bin Abd Aziz, dan Encik Muhammad Fikree Bin Rahmat, yang mengetengahkan teknik penghasilan kandungan kreatif dan relevan di platform TikTok.
- Penulisan Laporan Rasmi Berkesan (IGA238) oleh kumpulan Puan Wan Nur Khalidah Wahed, yang memberi fokus pada teknik penyediaan laporan rasmi secara profesional.
Program ini bukan sahaja menjadi ruang perkongsian ilmu tetapi juga wadah pertukaran pandangan serta idea yang dapat meningkatkan kecekapan kerja dan produktiviti staf perpustakaan.
Pengarah PTAR, dalam ucapan penutupnya, menyatakan harapan agar sesi seperti ini diteruskan untuk memperkasa daya saing staf dalam ekosistem perpustakaan yang semakin mencabar dan dinamik.