Library News

Perpustakaan Tun Abdul Razak Perkenal Bacaan Pantas untuk Pemberdayaan Wanita

5 Jamadilakhir 1446H | 7 Disember 2024 (Sabtu)

KUALA LUMPUR – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) mengambil inisiatif memperkasa wanita melalui sesi pengenalan Bacaan Pantas yang diadakan di Hotel Olympic, di sini hari ini. Program ini melibatkan 40 peserta dari pelbagai latar belakang termasuk guru sekolah, pensyarah, pelajar, dan suri rumah.

Sesi selama dua jam ini dikendalikan oleh Puan Azura Mohamad Hashim, dengan bantuan daripada Cik Ummi Halimatunssaadiya Shamsul Yuzli dan Cik Norainzatul Husna Binti Mohd Desa.

Menurut penganjur, usaha ini bertujuan membudayakan ilmu di kalangan komuniti, khususnya wanita yang memainkan peranan penting dalam membentuk generasi intelektual. Fokus program adalah untuk meningkatkan keyakinan diri peserta melalui penguasaan teknik bacaan pantas yang lebih menarik dan berkesan, sekaligus membina tabiat membaca yang produktif.

“Manfaat Bacaan Pantas bukan sahaja meningkatkan akses kepada pengetahuan, malah membentuk masyarakat yang lebih bijak, produktif, dan penuh keyakinan diri,” ujar salah seorang penceramah.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang program Bacaan Pantas ini, maklumat boleh diperoleh di pautan berikut: https://encr.pw/OJss9.

Inisiatif seperti ini diharap dapat terus menyokong pemberdayaan wanita dan memperkukuhkan asas masyarakat berilmu di negara ini.

Tags: ,

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian
 

Please publish modules in offcanvas position.