2 Jamadilawal 1446H | 4 November 2024
PTAR meneruskan legasi menyertai pembentangan akhir Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) untuk kali ke 17 yang diketuai oleh Ts Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan UiTM bertempat di UiTM Cawangan Selangor. Penyertaan PTAR kali ini membawakan tema penyampaian perkhidmatan dalam melaksanakan pembudayaan kualiti kerja yang cemerlang khusus untuk keperluan warga UiTM serta komuniti.
Institut Kualiti dan Pengembangan lImu (InQKA) dengan kerjasama UiTM Cawangan Selangor sebagai menganjurkan Pembentangan Akhir Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2024 UiTM yang bertempat di DK500, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam. Sebanyak 14 PTJ telah terpilih sebagai finalis ke pembentangan akhir ini dari keseluruhan 41 PTJ yang menyertai pertandingan AKNC 2024.
Barisan juri pembentangan akhir bagi tahun 2024 adalah YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib, Naib Canselor UiTM (Ketua Juri), YBrs. Profesor Ts. Sr. Dr. Md Yusof Hamid, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), YBrs. Tuan Haji Muhamad Nizam Noordin, Pendaftar, YBrs. Profesor Datuk Dr. Mizan Hitam, Penolong Naib Canselor Institut Kepimpinan dan Pembangunan, dan YBrs. Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor.
Segala strategi dan inisiatif pembudayaan ilmu terbaik telah dibentangkan hasil usaha kebersamaan warga Perpustakaan Tun Abdul Razak yang pastinya dinikmati warga UiTM untuk mencipta masa depan generasi yang lebih baik. Semoga segalanya peroleh keberkatan dan bermakna untuk semua finalis Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2024 !