Saturday, 14 Jamadilawwal 1446
Saturday, 16 November 2024

Library News

International Culture Engagement Program

 

Program Penglibatan Budaya Antarabangsa Bersama Pelajar Sekitar Dungun

Pada 4 September 2024, bertempat di Dungun, Terengganu, berlangsungnya satu program menarik, International Cultural Engagement Program yang berjaya melibatkan lebih 200 orang pelajar sekolah sekitar daerah tersebut. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada 1.00 petang, dengan pelbagai aktiviti berinformasi dan interaktif antara pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa.

Lebih menarik lagi, program ini turut disertai oleh wakil pelajar antarabangsa dari pelbagai negara, termasuk 4 pelajar dari Gunma University, Jepun, 6 pelajar dari Universitas Islam Negeri (UIN) Salatiga, Indonesia, dan 2 pelajar latihan industri dari UiTM Cawangan Kedah, Kampus Merbok. Mereka berkongsi tentang budaya, tradisi, dan keunikan negara masing-masing dalam sesi perkongsian dan soal jawab yang diadakan.

Selain sesi interaksi, terdapat juga pameran kebudayaan yang memperkenalkan pelbagai elemen istimewa yang mewakili negara masing-masing. Program ini bertujuan untuk memperkaya pengetahuan pelajar tempatan mengenai kepelbagaian budaya dunia, sambil memupuk persefahaman antara kaum dan negara.

Program seperti ini sangat penting dalam usaha memperluas perspektif pelajar tentang dunia global yang lebih terbuka. Dengan penglibatan pelajar antarabangsa, mereka bukan sahaja mendapat pendedahan baru, malah berpeluang bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman yang tidak ternilai.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.