Friday, 20 Jamadilawwal 1446
Friday, 22 November 2024

Library News

Khidmat Komuniti Literasi Sekolah : Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang

Program Literasi Maklumat telah berjaya dilaksanakan bersama pelajar Tahun 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang melibatkan dua modul iaitu Modul Bacaan Pantas yang disampaikan oleh Cik Ummi Halimatussaadiyyah Shamsul Yuzli dan modul Ulasan Buku yang dikendalikan oleh Puan Azura Mohamad Hashim.

Sukarelawan Perpustakaan yang terlibat mengendalikan program kali ini adalah saudari Nur Dania binti Rizalman (Akademi Pengajian Bahasa) dan Nur Atiqah Ayunie binti Oslanie (Fakulti Undang-Undang). Kumpulan pelajar dihadiri seramai 64 orang dan juga 13 orang guru. Pelajar diberi pendedahan berkenaan konsep asas bacaan pantas serta disusuli aktiviti ulasan buku berkumpulan. Ternyata pelajar mampu mengulas buku yang dibaca dan keyakinan membentang di hadapan pelajar lain. 

Terima kasih kepada Panitia Bahasa Melayu SKTPG, Pengurusan SKTPG dan semua pelajar yang menjayakan program pada kali ini. Semoga usaha ini dapat meningkatkan lagi budaya ilmu dalam diri pelajar. Besar harapan kami agar program pembudayaan ilmu seperti ini akan diperluaskan dalam kalangan pelajar sekolah yang lain juga.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.