2 Mei 2024 | 23 Syawal 1445H
Kolej Vokasional (KV) Shah Alam
PTAR telah melaksanakan program khidmat komuniti bersama para pelajar Kolej Vokasional (KV) Shah Alam bertempat di Bilik Mesyuarat KV Shah Alam yang telah disertai seramai 54 orang pelajar dan 3 orang guru. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah, bridged sukarelawan PTAR dan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM atas kerjasama dan penglibatan dalam menjayakan program pada kali ini. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi aktiviti dan pembudayaan membaca dalam kalangan para pelajar. Program ini juga telah memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan literasi maklumat dan teknik bacaan pantas. PTAR mengucapkan terima kasih atas maklumbalas positif yang diterima dari para peserta. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program khidmat komuniti PTAR dan KV Shah Alam.