Tujuan program diadakan, memperbaharui dan meningkatkan peranan perpustakaan sekolah sebagai pusat pembelajaran yang dinamik dan menyokong perkembangan akademik serta peribadi murid. Dalam konteks pendidikan hari ini, perpustakaan sekolah bukan sekadar tempat untuk meminjam buku, tetapi juga sebagai ruang inovatif yang membentuk minat membaca dan pembelajaran sepanjang hayat. Sebagai langkah awal, program ini akan menilai keadaan semasa perpustakaan dan mengenal pasti keperluan utama untuk pembaharuan.
Program Pra Transformasi Fasa 1 dimulakan dengan susun atur semula perabot perpustakaan, mengemas dan membersihkan perpustakaan serta aktiviti mengecat. Di samping itu, Program Pra Transformasi Perpustakaan juga akan memfokuskan kepada latihan dan pembangunan kemahiran untuk kakitangan perpustakaan. Dengan melengkapkan staf dengan pengetahuan dan kemahiran terkini, perpustakaan dapat memastikan bahawa staf bukan sahaja berfungsi sebagai pusat sumber maklumat tetapi juga sebagai pusat pembelajaran dan inovasi yang aktif.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan semoga dengan ada program seperti ini dapat membangunkan persekitaran pembelajaran yang selesa dengan mengutamakan kemenjadian murid.